Khasiat yang terdapat dalam rumpai laut
1. Iodine yang terdapat di dalamnya dikatakan mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah penyakit seperti Goitre(kelenjar thyroid membengkak).
2. Mampu merendahkan kadar acidic dalam
makanan yang diambil, justeru sesuai dimakan bersama nasi dan lauk-pauk
berprotein yang mana kedua-duanya bersifat acidic. Contoh makanan yang
menggunakan konsep ini adalah Onigiri dan Sushi.
3. Kenapa sifat alkaline dalam rumpai
laut itu tinggi? Antaranya adalah disebabkan kehadiran mineral yang
tinggi dan pelbagai di dalamnya, mencukupi untuk keperluan manusia.
Tambahan, rumpai laut adalah antara tumbuhan yang mempunyai banyak
mineral didalamnya jika dibandingkan dengan sayur daratan yang lain.
Antaranya ialah kalsium, kalium, zat besi, magnesium, iodine, dan zinc.
4. Kaya dengan serat, meskipun struktur
komposisinya tidak sama dengan tumbuhan/sayur darat. Ini secara langsung
mampu mengawal paras gula dalam darah si pemakannya.
5. Bersifat anti-mutagen dan
anti-oksidan, justeru mampu merendahkan kadar kolestrol dan mencegah
kedatangan penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.
6. Beberapa jenis rumpai laut bertindak
sebagai ejen detox. Terdapat komponen di dalamnya yang mampu bergabung
dengan metal toksik dalam sistem pencernaan kita, lalu dinyahkan secara
semulajadi melalui tahi.
7. Ekstrak rumpai laut (Fucoidan) juga
digunakan dalam penghasilan pil diet. Pil diet tersebut mampu membuatkan
kita rasa cepat kenyang apabila makan dengan sedikit.
8. Mula diperkatakan dalam dunia
kesihatan sejak beberapa puluh tahun yang lalu, sedangkan ia sudah
menjadi sebahagian diet orang Timur, terutama yang menetap dipinggir
pantai, sejak berzaman lagi.
9. Meskipun berkhasiat, namun tidak
boleh diambil dalam kuantiti yang banyak dan berterusan kerana
dikhuatiri akan mengakibatkan keracunan iodine.
10. Rumpai laut yang sudah busuk
berupaya menghasilkan gas hidrogen sulfida. Ianya beracun dan boleh
mengakibatkan muntah dan cirit birit.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar